ITU AKU...

SETIAP DETIK ADALAH MEMORI INDAH YG PASTI HADIR DALAM SEBUAH KISAH...HAYATILAH IA DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN KERANA HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DINIKMATI SELAMANYA...

Tuesday, April 11, 2006

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Assalamualaikum..hari ni kerja balik setelah semalam seharian cuti maulidur rasul..rase nye masih tak terlambat utk aku nk wish SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 Rabiulawal 1427..Muhasabah diri..apakah kita benar2 pewaris perjuangan baginda??fikirkan la sebagai renungan..

ape topik nak cite ari ni ek..mungkin hari ni kita boleh mulakan dengan renungan dan muhasabah diri..kan..ok lah..Kita seringkali bertanya dan mempertikaikan apa yang terjadi ke atas diri kita selama ini. Kita tidak sedar dan redha bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Allah jua...
SOALAN LAZIM MANUSIA BILA KECEWA & JAWAPAN KEPADA APA YANG TERJADINYA OLEH ALLAH? :
  • KENAPA SEMUA INI TERJADI PADA AKU?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan bolehjadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

  • YA ALLAH? KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

  • YA ALLAH? TERASA KEHIDUPAN INI SUDAH TIADA MAKNANYA LAGI.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."- Surah Al-Imran ayat 139"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12

  • YA ALLAH? BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPI SEGALANYA INI?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakansembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

  • YA ALLAH? APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, hartamereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

  • YA ALLAH? KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya akubertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

  • YA ALLAH? BERIMANKAH AKU?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kamitelah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telahmenguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yangdusta.?-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH. HADAPI DENGAN SENYUMAN....

Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA.... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN..."ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH "PERSEDIAN UNTUK MATI" . Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL IMPROVEMENT banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan.... Contohnye: Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........hilang waktu (kerja lagi penting....dari solat) Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE/DISCO... sekarang.. bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan kita dan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL.

Jadi sama-samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun.. Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya..lama.......lamanya.......infiniti...

Semoga Allah terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik (wangi).

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

petikan ni pon aku amik dari kawan aku dan aku rase berguna untuk dikongsi bersama..tak rugi kalo dapat berkongsi ilmu ngan orang lain kan..ok lah..itu je utk ari ni..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home