ITU AKU...

SETIAP DETIK ADALAH MEMORI INDAH YG PASTI HADIR DALAM SEBUAH KISAH...HAYATILAH IA DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN KERANA HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK DINIKMATI SELAMANYA...

Wednesday, December 20, 2006

WARNA KEHIDUPAN..

di satu situasi yg dipenuhi tanda tanya:

Ani : "kenape ko tulis surat guna kertas warna Hijau Muda?"
Ena : " Surat warna Hijau Muda ni bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas tu warna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

Sunday, December 10, 2006

BERGEMBIRA DI JOM HEBOH

Jom Heboh 2006- lokasi: perkarangan stadium s.alam..

org memang ramai seh..dah la mendung..tapi ok lah mendung..kalo panas lagi haru...


diorg wat persediaan pentas utk show ari ahad...


comel kan..que haidar..rugi palk aku tak pose same dia..haha..

ni hana tu..aku cuit baju dia nk mintak amik pic..tu yg senyum tu..haha

adam..pic blur coz yg amik pic tu amatur...aku lah yg amatur tu..

ni si jue x awek ako tuh..comel..cantik wpn tak pakai make

up lebih compared ngan artis lain..

pic blur lagi...seni namanye...

Report:

nak dijadikan al kisah..hari sabtu lepas niaga kat pasar kelana jaya, abah ngan mak ngan adik dah malas nk balik umah sbb esok pon kene niaga kat s.alam..so kitorg pakat nk tgk suasana jom heboh kat s.alam..bile smpai sana suasana mmg ramai org lah...waktu kitorg tgk tu pon dalam kul 4..langit pon dah tak panas lagi..ala2 mendung nyaman gitu..haha..aku pon usha la dr gerai ke gerai..ramai lah artis yg dapat aku amik pic bersama..kire poyo lah jugak..pastu aku ngan mak abah aku terpisah koz aku lepak kat gerai lestari tu..yg mak ngan abah nk tgk bawang merah bawang putih punye artis..aku mmg tak layan cite tu..pastu tetibe ujan lebat lah..aku mmg dah lepak ngan selesa kat tapak lestary tu..sambil dgr celoteh artis2 tu..mmg best lah..

agak2 dah petang tu lepak kat surau..mandi2..pastu pegi carik mkn kat sure heboh lagi..sbb abah aku parking kete mmg kat tepi giant n kitorg mals dah nk gerak keluar dari kawasan tu..nk tido pon kat surau..punye lah malas nk gerak..mlm mmg tak de pape sangat..gerai mknn je yg ade...pastu hotlink punye area main baling2 poster sambil pasang lagu2 best..aku layan je lah...

kesimpulan nye..ok lah..terhibur lah jugak lepak kat jom heboh wpn tak la ada munafaat sgt..haha..


Saturday, December 02, 2006

PEREMPUAN KATA....

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni


SOMETIMES WE CAN JUST CAN MAKE THINGS RIGHT BUT NOT REALLY PERFECT